PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan tindakan khas ke atas penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di Jalan Leboh Pudu dan Jalan Tun Tan Siew Sin, Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini.
DBKL dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, hasil daripada tindakan tersebut, sebanyak tujuh tindakan sita telah dilaksanakan terhadap penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 .
“Kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti,” katanya di sini semalam.
Katanya, sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut. – KOSMO! ONLINE