fbpx

Dakwaan tunjuk senjata: Polis akan panggil Muhamad Arafat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad akan dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan membuat ugutan jenayah dengan menggunakan objek menyerupai pistol.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, sehingga kini seramai lapan individu telah diambil keterangan selain sedang mengesan saksi dalam video tular yang dikatakan melihat kejadian itu berlaku.

“Kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis pada pukul 12.28 tengah hari tadi oleh seorang lelaki berhubung kekecohan yang berlaku di jamuan hari raya di Dewan Komuniti Taman Indah di Ipoh,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, semasa hadir ke majlis tersebut , pengadu mendakwa didatangi seorang ahli politik sambil mengacukan objek menyerupai pistol ke arahnya.

“Ahli politik itu dikatakan telah meminta pengadu untuk beredar. Pengadu tidak berpuas hati dan minta bantuan polis ke lokasi kejadian,” katanya.

Muhamad Arafat dalam kenyataannya menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai fitnah setiap kali pemilihan parti berlangsung.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit lima saat yang memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Kalai mendakwa Muhamad Arafat menunjukkan pistol kepada calon dan ahli-ahli yang sedang merayu undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI