fbpx

Calon PN belum sedia ulas dakwaan tipu tauliah mengajar agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Muhaimin.

TAPAH – Calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek belum bersedia untuk mengulas mengenai dakwaan dirinya menipu dalam permohonan untuk mendapatkan tauliah mengajar agama di negeri ini.

Abdul Muhaimin, 44, berkata, beliau menunggu masa yang sesuai untuk menjawab dakwaan berkenaan.

“Kalau isu itu (tauliah) saya tak perlu bagi komen. Saya nak beri harapan, saya nak orang tanya apa harapan saya sahaja, isu-isu saya tak mahu jawab sangat.

“Tak mengapa, biarlah mereka mainkan isu itu. Insya-Allah, jika sampai waktu, kita akan jawab,” katanya ketika ditemui selepas solat Zohor di Masjid Jamek Tapah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Muhaimin yang merupakan Yang Dipertua Pas Tapah terpalit kontroversi apabila didakwa menipu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk mendapatkan tauliah mengajar agama di negeri ini.

Susulan itu, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi dalam kenyataannya meminta siasatan dijalankan terhadap dakwaan berkenaan dan mengambil tindakan tanpa kompromi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI