fbpx

Bekas artis popular beli-belah guna wang palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Jakarta Selatan merampas wang palsu berjumlah 223 juta rupiah daripada suspek. - Kompas

JAKARTA – Seorang bekas artis popular Indonesia ditahan kerana menggunakan wang palsu ketika berbelanja di sebuah pusat beli-belah, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Suspek yang dikenali sebagai SKW, 41, diberkas di Pusat Beli-belah Lippo Kemang, Jakarta Selatan. 

Ketua Polis Metro Jakarta Selatan, Iptu Teddy Rohendi berkata, penipuan yang dilakukan secara berulang-kali itu terbongkar apabila suspek membuat pembayaran di kedai sama. 

“Semasa pembayaran, juruwang yang bertugas mendapati wang kertas digunakan adalah palsu selepas diperiksa dengan sinaran UV.

“Dia juga cuba membuat pembelian di kedai lain tetapi ditolak. 

“Suspek kemudian ditangkap oleh pengawal keselamatan sebelum diserahkan ke polis,” tambah Teddy.

Polis turut merampas wang palsu berjumlah 223 juta ripuah (RM58,757) melibatkan wang kertas bernominasi 100,000 rupiah (RM27). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI