SEBELUM Ramadan ramai pasangan melangsungkan pernikahan bagi membolehkan mereka berpuasa dan beraya dengan insan tersayang.
Tidak terkecuali seorang selebriti yang dikatakan sudah bergelar isteri orang.
Menurut sumber, artis itu lebih selesa menyimpan kemas hal peribadi.
Diva tidak terkejut mendengar khabar ini kerana kalau tengok laman sosial miliknya, dia pernah bergambar dengan inai di jari.
Tapi kenapa pula enggan uar-uarkan benda baik. Bukankah sudah sah bernikah, bimbang nanti cetuskan fitnah kalau nampak mesra di tempat umum.
Lagipun ramai peminat pasti tumpang gembira jika tahu artis kesayangan mereka sudah berkahwin.
DIVA: Kasihan dengan seorang penyanyi apabila mentua tak sebulu dengan keluarganya