fbpx

46 cedera serangan gas pemedih mata 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis menjalankan siasatan di Miniatur Wunderland, bandar Hamburg semalam. - Jonas Walzberg

BERLIN – Lebih 1,000 pengunjung dipindahkan selepas gas pemedih mata dilepaskan di sebuah bangunan yang menjadi lokasi tarikan pelancong di Jerman, lapor portal berita DW semalam. 

Kejadian berlaku di taman Miniatur Wunderland, bandar Hamburg yang menempatkan salah sebuah muzium kereta api terbesar dunia. 

Jabatan Bomba Hamburg berkata, pihaknya menerima aduan daripada pelawat menyatakan mata mereka  pedih dan sukar bernafas. 

“Sejurus tiba di tempat kejadian, pihak bomba mengesan terdapat kebocoran gas dan segera meminta lebih 1,000 pengunjung yang berada di dalam bangunan keluar ke tempat terbuka.

“Kira-kira 46 orang dirawat di tempat kejadian, manakala seorang lagi dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,” kata jabatan itu. 

Pelawat dibenarkan pulang kira-kira setengah jam kemudian selepas bomba memulihkan pengudaraan di dalam bangunan tersebut.

Pihak berkuasa turut menemui  kanister gas pemedih mata di tempat kejadian.

“Masih belum jelas pelaku disebalik kebocoran itu. Siasatan sedang giat dijalankan,” kata polis pula. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI