fbpx

4 diberkas jual tiket ke syurga harga lebih RM3,900

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua penjual dibawa ke Balai Polis Seram Bahagian Barat pada 9 April lalu. - Tribunnews

JAKARTA – Empat orang ditahan di wilayah Maluku kerana menawarkan tiket ke syurga pada harga mencecah 15 juta rupiah (RM3,953), lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Setiausaha Majlis Ulama Indonesia (SUI), Syuaib Pattimura berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan semua suspek. 

“Pelanggan yang membeli tiket diberi jaminan mereka akan masuk syurga. 

“Harga tiket adalah 7 juta rupiah (RM1,845), manakala pelanggan yang ingin membawa ibu bapanya ke syurga perlu membeli tiket berharga 15 juta rupiah (RM3,593).

“Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Agama untuk menangani isu ini,” kata Syuaib. 

Ketua Polis Huamual, Ipda Salim Balami berkata, pihaknya segera bertindak balas selepas menerima aduan daripada warga setempat. 

“Penduduk yang menolak ajaran sesat tersebut meminta penjual keluar dari kawasan mereka. 

“Mereka akan dibawa bertemu dengan MUI untuk tindakan lanjut,” tambah Salim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI