SANTA DOMINGO, REPUBLIK DOMINICA – Angka korban tragedi bumbung sebuah kelab malam runtuh di Republik Dominika meningkat kepada 226 orang semalam.
Menteri Kesihatan, Victor Atallah berkata, malapetaka di kelab malam Jet Set pada Selasa lalu itu meragut 221 nyawa, manakala empat mangsa lain mati di hospital tidak lama kemudian.
Seorang rakyat Costa Rica meninggal dunia semalam seperti diumumkan oleh kementerian kesihatan, menyaksikan korban meningkat kepada 226 orang.
Menurut Atallah, sebilangan lagi mangsa melecur teruk dan bertarung untuk terus hidup di hospital. Bencana di kelab malam Jest Set merupakan tragedi paling buruk pernah menimpa negara rantau Caribbean itu dalam tempoh beberapa dekad.
Kemalangan itu berlaku ketika beratus-ratus ratus orang berkumpul untuk menonton persembahan penyanyi merengue, Rubby Perez.
Perez, 69, meninggal dunia di tempat kejadian dan diberi penghormatan terakhir Khamis lalu di Teater Kebangsaan dalam majlis dihadiri oleh Presiden Luis Abinader dan anak perempuan mendiang, Zulinka.
Angka korban runtuhan bumbung itu melebihi 136 banduan yang mati dalam kebakaran penjara di bandar Higuey, timur Republik Dominica pada 2005.
“Pengunjung menjerit, Saya masih hidup! Bantu saya! Ini adalah tragedi paling dahsyat pernah saya lihat,” kata Arlenne Matos, 47, yang tinggal berhampiran kelab malam tersebut.
Pejabat presiden sebelum ini menyatakan, seramai 189 orang diselamatkan dari bawah runtuhan tersebut. – AFP