PETALING JAYA – Seekor lembu mencuri tumpuan netizen apabila tersepit di celah batu pagar sebuah rumah dalam satu kejadian tular di TikTok.
Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna @Muhammadsulaiman, kelihatan haiwan itu cuba dilepaskan oleh seorang individu yang memecahkan batu pagar rumah.
Insiden itu bukan sahaja mengundang simpati, malah mencuit hati netizen yang pantas membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi lucu.
“Dah alang-alang macam tu gayanya, korbankan sahaja la senang. Boleh makan sekampung,” kata @Safuanidris409.
“Senang nak selesaikan, tanya tuan lembu dulu. Nak bayar ganti rugi buat pagar batu baru atau tak nak. Kalau tak nak, boleh cari rempah gulai daging siap-siap,” kata @Moklongti.
“Kalau masuk mesti boleh keluar. Tetapi dah namanya lembu, terpaksa makan modal,” kata @Shahrilfitriismail. – KOSMO! ONLINE
@mohd_1976 #TikTokAwardsMY2024 ♬ original sound – Rancho Don Jose