PETALING JAYA – Penampilan sekumpulan wanita berbusana serba putih lengkap dengan solekan dan kasut tumit tinggi mencuri perhatian apabila mereka disangka ‘puteri bunian’ yang sesat ketika dalam perjalanan untuk beraya.
Menerusi satu perkongsian di TikTok oleh pengguna @Putrieliseelisya, wanita-wanita tersebut difahamkan baru pulang dari menziarahi kubur di Lenggong, Perak.
Namun, gaya mereka yang anggun dan tampak seolah-olah tidak ‘memijak’ tanah ketika berjalan nyata mengundang pelbagai reaksi.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai pegguna turut terkejut dan terhibur melihat penampilan luar biasa mereka.
“Ingatkan bunian sesat cari jalan pulang tak jumpa….aku nak pergi ambil lah,” komen @Atoy.goreng.pisan.
“Semua cantik-cantik mahu orang ingat puteri bunian,” kata @Sangrimba.
“Kalau aku duduk sorang-sorang di situ, mesti lari sambil beristighfar. Sebab terserempak orang bunian pakai kasut tumit tinggi,” seloroh @Ahmadmahzanborhan. -KOSMO! ONLINE
@putrieliseelisyaNak beraya ke hiking ni? 😭😭 lemah lutut 😔♬ original sound – putrieliseelisya