fbpx

Tular bayi kembar didakwa hilang di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular bayi kembar didakwa hilang dari sebuah hospital.

LIPIS – Tular di media sosial kejadian sepasang bayi kembar dilaporkan hilang dari sebuah hospital di sini dipercayai diculik oleh seorang wanita yang menyamar sebagai doktor.

Kejadian yang berlaku semalam dikongsi pemilik Facebook Syamie Delivery yang dipercayai ibu kepada bayi kembar terbabit.

Menurut hantaran tersebut, bayi kembar tersebut dikatakan hilang ketika berada dibawah jagaan hospital terbabit.

“Cepatlah jumpa, ummi abiy lemah sangat dah ini, ummi tahu anak-anak ummi ada kat hospital itu.

“Hospital pun selidik sekali dengan polis cari Doktor Amalina Husna (suspect doktor penyamar) sebab semua sudah selidik namanya tiada dalam sistem tapi ramai saksi yang kenal doktor ini,”katanya dalam status Story Facebook.

Difahamkan juga pasangan bernama Syamie dan Tasha mula berasa curiga apabila dihalang menemui anak mereka yang sudah berbulan-bulan dirawat di hospital terbabit akibat masalah paru-paru.

Dalam laporan polis yang dibuat, pasangan terbabit dikatakan telah pergi ke hospital terbabit pada pukul 12 tengahari semalam untuk melawat bayi mereka.

Laporan tersebut turut memaklumkan bayi kembar itu selamat dilahirkan pada 13 Julai lalu di hospital itu sebelum ditahan di wad akibat masalah paru-paru lemah.

Dalam tempoh tersebut, ibu bapa bayi berkenaan hanya dibenarkan melawat anak kembar di luar bilik rawatan.

Pada 27 Mac lalu adalah tarikh terakhir pasangan suami isteri berkenaan berjumpa dengan anak kembar mereka sebelum dihalang oleh pihak hospital dan menimbulkan rasa curiga terhadap pihak hospital.

Semalam, pasangan itu telah dimaklumkan bayi kembar mereka telah tiada di hospital sebelum bertindak membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man memaklumkan pihaknya telah menerima laporan daripada pihak berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI