fbpx

Tiga suspek curi kabel ERL diberkas polis, dua masih bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peralatan yang dirampas daripada suspek ketika cubaan mencuri kabel TM di Putra Perdana malam tadi.

 

SEPANG – Tiga suspek kes curi kabel sistem isyarat di laluan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) berhampiran stesen Salak Tinggi, di sini pada Khamis lalu akhirnya diberkas polis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, tiga suspek masing-masing berusia 25 hingga 50 tahun itu ditahan di sekitar Daerah ini sekitar pukul 5 hingga 8 pagi tadi.

“Ketiga-tiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah. Kami juga dalam usaha mengesan dua lagi suspek yang masih bebas. Kabel yang dicuri belum ditemui. Kes disiasat mengikut Seksyen 379/447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam insiden itu, ERL berdepan kerugian RM12,000 yang turut menyebabkan perkhidmatan ERL mengalami gangguan apabila kabel perkhidmatan kereta api itu dipotong pihak tidak bertanggungjawab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI