fbpx

Tiada ceramah besar-besaran, BN fokus santuni pengundi Ayer Kuning

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) ketika hadir di Arena TN 50 Tapah sebelum berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Merdeka Tapah hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TAPAH – Barisan Nasional (BN) tidak berhajat mengadakan ceramah secara besar-besaran sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning berlangsung.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya berkata, jentera parti itu akan menggunakan strategi menyantuni pengundi secara terus dengan turun ke lapangan.

“Dari segi kesiapsiagaan, jentera di bawah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad telah pun digerakkan dan selaku Pengarah Pilihan Raya ini, saya melihat gerak kerja yang dilakukannya.

“Saya memberikan keyakinan penuh kepada beliau (Saarani). Gerak kerja yang luar biasa dan insya-Allah, kita mempunyai calon yang boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi dan penduduk di sini.

“(Pada kempen ini) kami tidak berhajat untuk mengadakan ceramah secara besar-besaran sebaliknya lebih menyantuni pengundi di sekitar Ayer Kuning.

“Kita mengharapkan komposisi pengundi daripada pelbagai kaum di Tapah khususnya di DUN Ayer Kuning ini untuk memberikan sokongan dan dokongan kepada calon kita,” katanya pada sidang akhbar selepas proses penamaan calon bagi PRK DUN Ayer Kuning di Dewan Merdeka Tapah di sini hari ini.

PRK DUN Ayer Kuning kali ini melibatkan pertandingan tiga penjuru iaitu Abd. Muhaimin sendiri daripada PN, Barisan Nasional (BN) diwakili Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54, sementara Bawani KS, 40, pula mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI