fbpx

Tertekan pedal minyak rempuh dinding kaca bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah MPV selepas merempuh dinding kaca sebuah bank di Tanjong Karang.

KUALA SELANGOR – Tertekan pedal minyak dikatakan punca sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu seorang lelaki merempuh dinding sebuah bank di Tanjong Karang di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu, pemandu berusia 57 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan di tangan dan lutut.

Insiden tersebut tular menerusi beberapa video di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian pemandu MPV jenis Toyota Innova itu cuba memberhentikan kenderaannya di petak parkir hadapan bank itu.

Katanya, bagaimanapun pemandu itu telah tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan melanggar dinding bank.

“Pemandu yang cedera ringan itu telah menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian itu dan mempunyai maklumat supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah ini ditalian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI