fbpx

Tarif AS: Malaysia tidak tunduk kepada kuasa besar – Nurul Izzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Izzah (tengah) ketika program Permatang Pauh, Majlis Rewang Ketupat sempena Hari Raya Aidilfitri di Yayasan Aman di Penanti, hari ini.

GEORGE TOWN – Malaysia perlu memperkukuh solidariti bersama negara-negara ASEAN dan negara Asia Tenggara dalam menghadapi tindakan perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan tarif melampau ke atas negara lain.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, tindakan tersebut memberi impak langsung kepada negara-negara membangun termasuk Malaysia.

”Apabila kuasa-kuasa besar bertindak semberono, syarikat dan ekonomi negara membangun pasti menerima kesan.

”Maka penting untuk kita tidak hanya menjadi pemerhati, tetapi berdiri bersama dalam solidariti serantau bersama negara ASEAN dan rantau Asia Tenggara bagi menghadapi cabaran ini,” katanya selepas menghadiri Permatang Pauh, Majlis Rewang Ketupat bersama penduduk setempat di Yayasan Aman, di sini hari ini.

Sebelum ini, AS mengumumkan akan melaksanakan tarif sebanyak 24 peratus ke atas beberapa produk eksport dari Malaysia.

Langkah itu dipercayai sebahagian daripada tindakan perdagangan yang diambil kerajaan AS untuk melindungi industri tempatan mereka atau sebagai balasan terhadap dasar perdagangan antarabangsa.

Sehubungan itu, Nurul Izzah berkata, Malaysia sebagai kuasa tengah perlu memainkan peranan sebagai jambatan keamanan dan bukan sekadar mengikut arus kuasa besar dunia.

”Kita (Malaysia) tidak tunduk kepada mana-mana kuasa besar. Sebaliknya, kita perlu memanfaatkan kedudukan kita untuk memperkukuhkan keharmonian dan kestabilan serantau,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI