fbpx

Tang Jie, Ee Wei bakal bersatu semula?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE (kanan) dan Ee Wei berpisah seketika kerana tiada persefahaman antara mereka rentetan prestasi hambar sejak kebelakangan ini.

DUA pemain beregu negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei perlu mengetepikan sementara krisis hubungan antara mereka berdua menjelang Kejohanan Badminton Piala Sudirman di Xiamen, China bermula 27 April hingga 4 Mei depan.

Ini disebabkan mereka kemungkinan kembali digandingkan menggalas cabaran dalam acara beregu campuran sekiranya Malaysia tidak memiliki sebarang pilihan lain pada kejohanan itu.

Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto berkata, beliau perlu mencari jalan penyelesaian terbaik memandangkan hanya pasangan profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai merupakan satu-satunya gandingan yang konsisten.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan untuk menggandingkan semula Tang Jie dan Ee Wei yang baru sahaja dipisahkan hujung bulan lalu selepas masing-masing tidak memiliki persefahaman.

“Memang diakui buat masa ini kita tidak memiliki beregu campuran yang konsisten, jadi ini adalah tugas saya untuk siapkan pemain-pemain. Sekarang hanya Soon Huat-Shevon yang paling konsisten tetapi saya juga perlu ada alternatif lain.

“Tang Jie-Ee Wei juga perlu bersedia (diturunkan) kerana tidak boleh harapkan Soon Huat-Shevon sahaja. Mereka perlu mengetepikan ego dan bersedia kerana ini untuk pasukan dan Malaysia,” katanya.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan untuk memisahkan gandingan No. 4 dunia itu selepas hubungan antara kedua-dua pemain semakin keruh rentetan aksi tidak menentu dalam kejohanan disertai.

Menerusi keputusan dibuat, status sebagai beregu campuran utama Akademi Badminton Malaysia (ABM) kini digalas Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang turut berdepan aksi tidak menentu dalam beberapa kejohanan terdahulu.

“Memang Pang Ron-Su Yin kurang bagus ketika ini kerana mereka tidak dapat pertahankan kedudukan ketika sudah mendahului. Tugas saya sekarang untuk pastikan pasukan bersiap sedia,” ujar Nova.

Menjelang saingan Piala Sudirman, Malaysia dijangka tidak berdepan laluan mudah untuk mara ke pusingan kalah mati apabila diundi dalam Kumpulan C bersama naib juara tiga kali, Jepun, Australia dan pasukan Eropah sedang meningkat naik, Perancis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI