SEJAK beberapa hari lalu, tular video persembahan nyanyian Datuk Seri Nurhaliza dan Nadeera.
Difahamkan, persembahan tersebut ketika menjayakan konsert Magis Siti Nurhaliza yang ditayangkan di Astro Ria pada raya kelima lalu.
Disangka hanya persembahan biasa, duet Siti dan Nadeera yang mendendangkan lagu Nirmala membuatkan ramai terpukau dan dikatakan antara gabungan dua vokal hebat ketika ini.
Disebabkan itu, ramai yang menyarankan mereka muncul dengan lagu duet irama Malaysia pada masa akan datang.
“Rasa tak puas dengar nyanyian mereka berdua. Kami mahu lagi.
“Tolonglah luncurkan lagu duet bersama, sedap betul gabungan dua suara ini,” kata netizen.