fbpx

Shereen jadi pilihan ke Kejohanan Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHIDAN (tengah) mengesahkan persatuan itu menjadikan Shereen sebagai pilihan utama ke Kejohanan Dunia. - IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Pelari pecut wanita negara, Sheeren Samson Vallabouy diberikan tiket wildcard untuk melakukan penampilan pada Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo, Jepun 13 hingga 21 September depan.

Perkara itu diumumkan Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN), di sini hari ini.

Beliau berkata, pemilihan itu dibuat berdasarkan prestasi semasa ditampilkan Shereen, sama seperti ketika persatuan memilih Muhammad Azeem Fahmi ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 tahun lalu.

“Berhubung tiket wildcard, kita telah bersetuju untuk memilih Shereen ke Kejohanan Dunia di Tokyo nanti. Dia ada berlari 100 meter (m) dan 200m juga tetapi fokus sekarang adalah acara 400m.

“Shereen dipilih berdasarkan prestasi dan sebagainya, sama seperti kita pilih Azeem dahulu (ke Sukan Olimpik),” katanya.

Bagaimanapun, penyertaan atlet berusia 27 tahun itu akan diputuskan nanti berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Olahraga Dunia (WA).

Setakat ini, Shereen membuktikan dia berada pada prestasi terbaik selepas merangkul kejuaraan pertama bagi kempen 2025 selepas memenangi pingat emas 400m pada Kejohanan Embry-Riddle Running Elements Classic 2025 di Florida, Amerika Syarikat awal bulan ini.

Sementara itu, Pengarah Teknikal MA, Robert Ballard menjelaskan, mana-mana atlet masih berpeluang untuk layak secara merit ke Kejohanan Dunia memandangkan saingan kelayakan masih berlangsung.

Sekiranya mahu layak secara merit, Shereen perlu melakukan catatan masa 50.75s untuk acara 400m, 22.75s (200m) dan 11.07s (100m). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI