fbpx

Setiap hari nak masuk ofis kalau ‘wallpaper’ macam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Koleksi kereta mainan jenis Hot Wheels yang tersusun kemas di dinding.

PETALING JAYA – Seorang pemuda mencuri perhatian ramai apabila berkongsi dekorasi luar biasa pejabatnya yang dihiasi dengan puluhan kereta mainan jenis Hot Wheels tersusun kemas di dinding seolah-olah menjadi ‘wallpaper’ (kertas dinding).

Menerusi satu hantaran di TikTok milik pengguna @sleepyhaady, rakaman video memaparkan dinding pejabat yang dipenuhi koleksi kereta mainan yang disusun rapi dan dilekatkan kemas, menjadi latar belakang unik yang menyerlahkan suasana ruang kerjanya.

“Setiap hari nak masuk pejabat kalau ‘wallpaper’ macam ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial yang rata-rata kagum dengan kreativiti dekorasi berkenaan.

“Kalau macam ini, suami saya suka lah,” komen @_Mdn96

“Kalau hilang satu, terus tak ada mood,” seloroh @Mirhan.

“Mak marah beli mainan kereta, isteri marah kata bazir duit, tapi bos kat pejabat, I feel you bro (saya faham awak),” kata @Hjakildatukabdrahim.

Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 42 tanda suka, 3 komen dan 10 perkongsian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI