ISTANBUL – Pasukan saintis dan doktor keliru tentang situasi sebuah perkampungan terpencil di Turkiye di mana lebih separuh penduduknya adalah kurang upaya pendengaran, lapor laman berita MailOnline.
Kampung Gokova yang terletak 724 kilometer dari Istanbul, mempunyai populasi kecil seramai 120 orang. Kira-kira 60 orang golongan sebagai orang kurang upaya(OKU).
Menurut akhbar Hurriyet, bahasa isyarat menjadi alat komunikasi utama di kampung tersebut.
Seorang penduduk kampung, Sati Tozun berkata: “Saya mempunyai empat anak OKU dan seorang daripada mereka mempunyai tiga anak, semua mereka mengalami kurang upaya pendengaran dan bisu.”
Punca keadaan itu tidak diketahui, tetapi ada yang menyalahkan bilangan OKU tinggi itu disebabkan perkahwinan sesama saudara-mara.
Namun, sebilangan yang lain berkata, penduduk kampung menjadi mangsa pencemaran air dan logam seperti besi, arsenik dan pencemaran kimia daripada sisa industri.
“Saya berpendapat hal ini bukan disebabkan oleh perkahwinan antara saudara rapat tetapi kerana sumber air tidak sihat,” kata datuk bandar tempatan, Eyup Tozn. – AGENSI