fbpx

PRK Ayer Kuning: Saingan tiga penjuru antara BN, PN dan PSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Yusri (kiri) , Bawani (tengah), dan Abd. Muhaimin Malek (kanan) bergambar di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning di Dewan Merdeka, Tapah hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

TAPAH – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai calon BN bagi mempertahankan kerusi DUN Ayer Kuning.

Bekas Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh itu ditentang calon PN, Abdul Muhaimin Malek, 44, dan Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40.

Pengumuman itu dilakukan Pegawai Pengurus SPR bagi PRK N 48 Ayer Kuning, Ahmad Redhauddin Ahmad Shukori di pusat penamaan calon di Dewan Merdeka Tapah.

Ketiga-tiga calon menyerahkan borang pencalonan masing-masing kepada Ahmad Redhauddin dengan Abdul Muhaimin menjadi calon pertama menyerahkan borang pada pukul 9.01 pagi diikuti Mohamad Yusri (9.06 pagi) dan Bawani (9.15 pagi).

Terdahulu, Mohamad Yusri tiba di pusat penamaan calon diiringi penyokong serta Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu; Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming dan Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang.

Abdul Muhaimin yang juga Yang Dipertua Pas Tapah pula diiringi Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI