fbpx

PRK Ayer Kuning: Mohamad Yusri mahu kekal kemenangan BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Yusri (tengah) bercakap pada sidang akhbar di pusat penamaan calon di Dewan Merdeka Tapah hari ini.

TAPAH – Calon Barisan Nasional (BN), Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54, menzahirkan komitmen untuk mengekalkan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Beliau yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah berkata, dengan gerak kerja yang telah disusun rapi diikuti kerja keras, kerusi DUN itu diyakini kekal milik BN.

Bahkan, katanya, kerjasama antara jentera BN dan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya ini juga diyakini mampu memberi keputusan yang baik.

“Insya-Allah, gerak kerja telah disusun dan kita akan bekerja keras bagi memastikan komitmen kita berjaya dan DUN Ayer Kuning akan tetap di bawah BN.

“Kombinasi antara BN dan PH juga amat baik, saya yakin gabungan jentera ini akan membuahkan hasil yang sangat hebat,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon bagi PRK DUN Ayer Kuning di Dewan Merdeka Tapah, di sini hari ini.

Mengulas mengenai aspirasinya sebagai calon, beliau berkata, selain meneruskan usaha dan perancangan yang dilaksanakan wakil rakyat sebelum ini, isu pendidikan antara yang menjadi fokus utamanya pada PRK ini.

“Kita akan teruskan usaha-usaha arwah ( Ishsam Shahruddin) termasuk dalam hal pendidikan. Aspek pendidikan menjadi teras utama kerana dengan pendidikan kita dapat melahirkan masyarakat yang berpelajaran dan berkualiti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI