fbpx

PRK Ayer Kuning: Jahit baju sendiri untuk sokong PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (tengah) mencuri tumpuan orang ramai apabila memakai kemeja bercorak bendera Pas yang dijahitnya sendiri di pusat penamaan calon PRK Ayer Kuning di Tapah hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

TAPAH –  Seorang penyokong Perikatan Nasional (PN) khususnya Pas, Ismail Ahmad, 79, dari Pendang, Kedah mencuri tumpuan apabila memakai kemeja bercorak bendera Pas yang dijahitnya sendiri.

Katanya, dia tiba di sini pada pukul 3 pagi tadi dan turut membawa bersama basikalnya sebagai gimik sokongan terhadap calon PN, Abd. Muhaimin Malek, 44.

“Baju ini saya jahit sendiri sejak 1985 lagi dan akan dipakai pada setiap pilihan raya umum sebagai sokongan pada parti.

“Basikal ini pula dipakai sejak lapan tahun lalu yang digunakan untuk ke masjid di sekitar Pendang,” katanya di sini hari ini.

Proses penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning berlangsung hari ini.

Abdul Muhaimin Malek, 44 mewakili gabungan PN sementara Barisan Nasional diwakili Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54, dan Bawani KS, 40, dari Parti Sosialis Malaysia (PSM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI