fbpx

PRK Ayer Kuning: Calon PN yakin mampu beri cabaran kepada BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Muhaimin bercakap kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning di Dewan Merdeka, Tapah hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

TAPAH – Calon Perikatan Nasional (PN), Abd. Muhaimin Malek, 44, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April depan yakin mampu memberi cabaran kepada calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding.

Katanya, respons pengundi setakat ini amat positif berdasarkan kelebihannya sebagai anak tempatan selain menjanjikan kempen secara agresif dengan menghampiri semua pemilih di DUN.

“Siapa yang masuk bertanding (pilihan raya) harapkan kemenangan termasuk saya. Kami (PN) amat-amat positif, bertawakal, berusaha dengan gigih selain berdoa kepada Allah SWT untuk mendapatkan kemenangan.

“Kita berusaha untuk pergi ke setiap rumah pengundi dalam tempoh (berkempen) termampu dengan kesihatan, kudrat dan jentera yang ada,” katanya pada pemberita selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Merdeka di sini hari ini.

Katanya, PN khususnya Pas akan mengeluarkan semua duit tabung parti dan kekuatan bagi menyantuni seluruh pengundi Ayer Kuning.

PRK DUN Ayer Kuning kali ini melibatkan pertandingan tiga penjuru iaitu Abd. Muhaimin sendiri daripada PN, Barisan Nasional (BN) diwakili Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54, sementara Bawani KS, 40, pula mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI