fbpx

PRK Ayer Kuning: 1,500 penyokong sertai perarakan calon PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Muhaimin (tengah) berarak menuju ke Pusat Penamaan Calon PRK DUN Ayer Kuning di Dewan Merdeka, Tapah hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

TAPAH – Kira-kira 1,500 penyokong Perikatan Nasional (PN) menyertai perarakan calon gabungan parti itu pada proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Merdeka Tapah di sini hari ini.

Calon PN, Abd. Muhaimin Malek, 44, diiringi pemimpin utama gabungan parti itu seperti Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Kesemua mereka berkumpul sejak pukul 7 pagi tadi dan situasi tenang dan terkawal tanpa melibatkan sebarang provokasi.

Proses penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning berlangsung hari ini dengan calon Pas Abd. Muhaimin Malek mewakili gabungan PN sementara Barisan Nasional diwakili Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54, dan Bawani KS, 40, pula pilihan Parti Sosialis Malaysia (PSM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI