fbpx

Polis siasat dakwaan fitnah bayi kembar ‘hilang’ di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

LIPIS – Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah terhadap dakwaan seorang wanita konon pasangan bayi kembar berusia sembilan bulan ‘hilang’ di Hospital Kuala Lipis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 233, Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media 1998 kerana memuat naik kandungan palsu.

“Polis menerima laporan penafian pihak Hospital Kuala Lipis berhubung dakwaan itu dan kes sedang disiasat. Orang ramai dinasihatikan tidak menyebarkan cerita tidak benar sebelum mendapatkan kesahihan daripada pihak berkaitan,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail juga mengesahkan wanita terbabit turut membuat laporan polis mendakwa kehilangan bayi kembar di Hospital Kuala Lipis.

Sejak semalam tular di media sosial, hantaran dibuat seorang wanita berusia 23 tahun mendakwa bayi kembarnya dirawat di Hospital Kuala Lipis kerana masalah paru-paru sejak dilahirkan 13 Julai tahun lalu hilang Khamis lalu.

Jabatan Kesihatan Pahang turut menafikan dakwaan itu dan menjelaskan hasil siasatan dilakukan tiada kes bayi kembar dirawat selama sembilan bulan di Wad Kanak-Kanak, Hospital Kuala Lipis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI