fbpx

Pogacar dicabar uji sampel doping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGACAR

PARIS — Dominasi luar biasa Tadej Pogacar dalam perlumbaan berbasikal dunia kembali mencetuskan persoalan mengenai kredibiliti jaguh UAE Team Emirates itu yang terus berjaya menambah koleksi kemenangan.

Pengurus pasukan TotalEnergies, Jean-Rene Bernaudeau tampil lantang menggesa Pogacar supaya bersikap lebih telus dengan mendedahkan data prestasi termasuk kuasa kayuhan dalam perlumbaan.

Selain itu, Bernaudeau turut mencabar agar Pogacar menyimpan sampel ujian doping dirinya untuk tempoh 10 tahun akan datang.

“Kita bercakap tentang Pogacar di mana dia seorang pelumba yang sangat luar biasa. Tapi saya mahu dia berikan jaminan.

“Beberapa pelumba sebelum ini sudah buat langkah begitu. Kenapa dia tidak berani? Biar orang ramai lihat sendiri datanya dan dia juga perlu izinkan sampel disimpan supaya boleh diuji semula dalam masa 10 tahun apabila teknologi pengesanan dadah semakin maju,” katanya.

Bernaudeau yang juga bekas pelumba profesional menegaskan, sukan berbasikal tidak mampu lagi menanggung satu lagi episod gelap berkaitan dadah prestasi.

“Kita sudah lalui zaman erythropoietin (EPO). Hari ini, biarpun ada kemajuan seperti pasport biologi dan sistem pemantauan lokasi, itu belum cukup. Kita perlu ubah undang-undang,” katanya.

Pogacar sebelum ini muncul juara Jelajah Flanders baru-baru ini sekali gus meneruskan rentak dominasi luar biasa dalam setiap perlumbaan yang disertainya musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI