fbpx

Perpaduan ummah rosak jika niat tidak betul – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (gambar) ketika hadir pada Majlis Peluncuran Pembinaan Semula Masjid Jamek Tok Kun Bawah, Bukit Mertajam, hari ini.

 

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, masjid berperanan sebagai institusi penting buat umat Islam sekali gus melambangkan syiar agama yang mulia selain menjadi simbol perpaduan dan kejayaan ummah.

Beliau menekankan bahawa masjid yang dibangunkan atas dasar takwa akan terus menguatkan umat Islam di negara ini, tetapi tanpa niat yang betul bukan sahaja akan memecah-belahkan malah boleh merosakkan perpaduan ummah.

“Ia bukan untuk menunjuk-nunjuk akan kehebatan dan kemegahan. Itu disebut masjid diasaskan (dibina) atas ketaqwaan, tetapi kalau niatnya tidak betul, kalau perjalanannya itu tidak membawa kepada penghayatan Islam, kefahaman yang baik, perpaduan dalam masyarakat, keprihatinan terhadap nasib kariah keseluruhannya, maka masjid itu jadi tempat kerosakan.

“Peringatan ini sangat menakutkan kita dan terserah untuk kita pilih yang mana, sama ada mahu menjadi manusia baik yang mematuhi perintah Allah S.W.T atau sebaliknya,” katanya ketika berucap di Majlis Peluncuran Pembinaan Semula Masjid Jamek Tok Kun Bawah di Bukit Mertajam di sini hari ini.

Anwar berkata, manusia terutama pemimpin sering diuji dengan sikap buruk seperti tamak haloba, justeru institusi masjid perlu dijiwai dan dijadikan medan takwa.

“Tepat sekali, Al-Quran ada berkata manusia ini boleh menjadi serendah-rendahnya dan tamak sedangkan ular sawa pun tahu berhenti makan apabila kenyang. Beli rumah di Kuala Lumpur, New York, London pula dan duit (diambil) daripada harta orang (rakyat), yang nak belajar pun susah, nak bayar bil sakit, makan pun susah.

“Itu sebabnya kita nak jadikan kerajaan Madani ini perubahan yang sebaiknya,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI