fbpx

Penyelia ladang maut motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Bukit Sagu di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang penyelia ladang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di bahu jalan di Jalan Bukit Sagu berhampiran Ladang Astral Asia di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu berlaku ketika mangsa Mohd Zaki Ismail, 48, dalam perjalanan dari arah Taman Impian menghala ke arah Bukit Sagu 8 di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian, ketika sedang bergerak lurus, tiba-tiba motosikal jenis Honda AFP110 ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan.

“Akibat kejadian, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI