fbpx

Pengunjung taman di Britain buang air besar dalam semak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengharaman barbeku itu dilaksanakan di Taman Waterlow, utara London. - SWNS

LONDON – Majlis Perbandaran Camden di England melarang orang ramai mengadakan barbeku di sebuah taman popular susulan peningkatan sampah sarap dan perbuatan pengunjung membuang air besar di dalam semak, lapor akhbar Metro UK kelmarin. 

Majlis berkeaan mengesahkan larangan itu berkuat kuasa di Taman Waterlow, utara London menjelang musim panas tahun ini. 

Langkah itu susulan aduan penduduk setempat yang bimbang mengenai pencemaran yang dilakukan oleh pengunjung taman. 

Selain bunyi bising muzik, penggemar barbeku juga kerap membuang air besar di dalam semak. 

Penduduk tempatan bernama Elsie Smith, 67, berkata: “Kami tidak dapat datang ke taman pada hujung minggu kerana asap daripada aktiviti barbeku dan ia tidak baik untuk kesihatan serta alam sekitar. 

“Individu yang mengadakan barbeku bukan penduduk tempatan,” katanya. 

Majlis Perbandaran  Camden berkata, pihaknya akan memastikan semua orang dapat  menggunakan taman itu dengan selesa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI