fbpx

Pengikut ‘DM’ nak duit raya, Ruhainies minta dibalas doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUHAINIES bermurah hati menyantuni hasrat pengikut media sosialnya yang menghantar mesej meminta duit raya daripadanya.

PETALING JAYA – Tidak lokek untuk berkongsi rezeki, pelakon Ruhainies bermurah hati memberikan duit raya kepada peminat bertuah sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Ruhainies atau nama sebenarnya nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, berkata, bukan nilai menjadi ukuran, sebaliknya keikhlasan hati dan niat membahagiakan orang lain adalah keutamaan.

“Kepada yang sudah menerima duit raya daripada saya, saya harap dapat membuatkan awak semua tersenyum seperti saya bahagia hari ini.

“Guna sebaiknya ya, walaupun tak banyak mana tetapi saya senang melihat anda semua gembira. Saya minta doakan saya supaya saya boleh memberi lebih banyak lagi. Insya-Allah.

“Saya tak tahu antara doa siapa diangkat. Rezeki orang dapat hari ini sebenarnya sudah tertulis. Siapa tak dapat jangan sedih, ada rezeki nanti saya kongsi lagi,” katanya menerusi satu hantaran dala. Instagram Story.

Tambah pelakon drama Jejak Karmila itu, sebelum pemberian dibuat, dia menerima terlalu banyak mesej peribadi daripada peminat yang meminta duit raya untuk keperluan asas.

“Saya terima banyak DM (mesej langsung menerusi Instagram) nak duit raya. Comellah kalian. Ada nak bayar rumah sewa, yuran kolej, kereta dan macam-macam lagilah.

“Sayangku, saya cuma nak kongsi duit raya tidaklah sampai beribu-ribu ringgit seorang. Pengsan saya kalau macam ini.

“Saya nak bagi seorang RM30 atau RM50 tapi saya akan pilih sekurang-kurangnya 10 orang. Saja suka-suka, cukuplah nak beli aiskrim atau mainan anak-anak,” ujarnya.

Meskipun dihimpit pelbagai kontroversi, tindakan Ruhainies tetap menyentuh hati ramai pihak yang terharu dengan keprihatinannya terhadap peminat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI