fbpx

Pegawai imigresen patah tulang keting dirempuh pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Penguat kuasa JIM melakukan pemeriksaan dokumen kerja pekerja asing dalam Operasi Bersepadu di tapak pembinaan berhampiran Eko Galleria, Iskandar Puteri semalam. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) cedera selepas dirempuh pekerja asing yang cuba melarikan diri semasa serbuan di penempatan pekerja di Eco Galleria, di sini semalam.

Kejadian berlaku apabila sekumpulan pekerja asing menyedari kehadiran pihak berkuasa dan bertindak melarikan diri sebelum merempuh pegawai terbabit sehingga terjatuh.

Timbalan Pengarah Imigresen Johor (Kawalan), Nor Faizal Rahim berkata, mangsa mengalami patah tulang keting kaki kiri dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, kata Nor Faizal, dalam operasi pukul 10.40 pagi itu, seramai 148 pekerja asing telah ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Iskandar Puteri.

Menurutnya, serbuan membabitkan sebuah tapak pembinaan di Taman Johor Jaya dan sebuah penempatan pekerja asing berhampiran Eko Galleria.

“Kesemua yang ditahan terdiri daripada warga Myanmar, Indonesia, Bangladesh, China, Pakistan, Nepal dan India.

“Tangkapan turut melibatkan wanita dan kanak-kanak,” katanya di sini hari ini.

Nor Faizal berkata, kesemua yang ditahan gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah serta disyaki menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Ada juga yang tidak dapat menunjukkan pasport dan permit kerja kerana mendakwa dokumen tersebut disimpan oleh majikan,” jelasnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI