PETALING JAYA – Insiden seorang lelaki yang menunggang motosikal tercampak selepas dilanggar oleh sebuah kereta baru-baru ini mendapat simpatti daripada netizen.
Menerusi klip video yang dikongsi oleh @mgteis_sky30 di aplikasi TikTok menunjukkan penunggang motosikal tersebut tercampak di atas jalan selepas dilanggar sebuah kereta berwarna merah ketika keluar daripada simpang di kawasan kampung.
Difahamkan penunggang motosikal tersebut tidak memandu dalam kelajuan yang membahayakan pengguna jalan raya lain.
“Saya tunggang motosikal tidak laju, lebih kurang dalam 60 kilometer se jam (km/j) sahaja dan berada di laluan yang betul.
“Jangan risau saya sudah membuat laporan polis dan keadaan saya sihat seperti biasa. Tiada kecederaan fizikal disebabkan kemalangan tersebut,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan kemarahan dan menyalahkan pemandu kereta berkenaan yang bersikap mementingkan diri sendiri semasa bersada di jalan raya.
“Kereta itu salah sebab dia keluar simpang. Sepatutnya kena beri ruang kepada kenderaan di jalan lurus,” @kekasihkuseru
“Sepatutnya kenderaan yang mahu keluar dari simpang berhenti terlebih dulu, tidak boleh keluar sesuka hati,” @xi0zy.