fbpx

Nasi kerabu ‘terbang tinggi’ sampai London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasi kerabu bersama aneka pilihan lauk dijual di London.

PETALING JAYA – Sajian tradisional rakyat Malaysia, nasi kerabu kini mencuri tumpuan warga London, United Kingdom apabila dijual dalam versi moden yang dipanggil ‘Malaysian Rice Bowl’.

Menerusi perkongsian pengguna Reddit @Happy_Camper_Mars, gerai makanan tersebut menawarkan nasi biru berherba atau dikenali nasi kerabu bersama pilihan lauk seperti ayam kelapa, ayam sate, tofu dan terung panggang lberserta ulam, keropok dan sambal pedas.

Hidangan tersebut turut disajikan bersama budu, iaitu sos tradisi yang popular di Pantai Timur, khususnya Kelantan.

Dijual pada harga bermula 11.50 pound (sekitar RM67), kehadiran nasi kerabu dalam gaya ‘grab-and-go’ ini membuktikan bagaimana makanan tradisional tempatan mampu berkembang dan menembusi pasaran antarabangsa.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata ramai teruja melihat sajian tempatan dipasarkan ke luar negara.

“Siap ada budu weh!,” seloroh seorang pengguna.

Malah, ada juga yang mempersoalkan rupa sajian itu tidak seperti nasi kerabu yang asli.

“Nasi tak cukup biru nak jadi kerabu,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI