fbpx

‘Nak rakam semula lagu raya zaman dahulu tak mudah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUAT julung kalinya, M. Nasir akan menjayakan konsert bertemakan hari raya yang akan berlangsung malam esok di Zepp KL.

SHAH ALAM – “Lagu yang ada rasa nostalgia dan karya-karya tersebut popular pada musim-musim perayaan.”

Demikian kata penghibur terkenal, Datuk M. Nasir berhubung pemilihan lagu untuk konsert bertemakan hari raya yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Ahad ini (malam esok).

Atas rasa penuh penghormatan, beliau memilih tiga lagu malar segar iaitu Suara Takbir nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Selamat Hari Raya (Allahyarham Puan Sri Saloma) dan lagu milik penyanyi Indonesia, Allahyarham Oslan Husein berjudul Selamat Hari Lebaran untuk melengkapkan persembahannya hujung minggu nanti.

“Pemilihan tiga lagu ini untuk memberi penghormatan kepada pencipta lagu berkenaan, P. Ramlee, Oslan dan Ahmad Jaafar.

“Menjadi antara 10 lagu hari raya terbaik pada zaman itu. Paling popular sudah tentu lagu Selamat Hari Raya berentak cha cha.

“Selain menyatakan (homage) penghargaan, lagu ini juga dinyanyikan kerana saya meminatinya sejak zaman kecil lagi,” katanya ditemui pada sesi latihan konsert yang diadakan sebuah studio di Bukit Rahman Putra, di sini, semalam.

Ditanya tentang sama ada pernah terfikir untuk merakamkan semula lagu-lagu raya popular zaman dahulu, jawab M. Nasir, semua itu bukan satu perkara yang mudah.

“Rakaman ini satu industri yang lain sikit. Ada kena-mengena dengan pemasaran apa semua. Memang boleh buat dan ada idea begitu dalam kepala.

“Malah, saya nak rakamkan secara live. Tapi live dalam studio. Tempoh hari, ada terfikir nak rakam waktu praktis tapi masa tak cukup.

“Mungkin kita boleh cuba suatu hari nanti (rakamkan lagu-lagu raya popular versi saya).” katanya.

Beliau juga akan menyanyikan seleksi bukan lagu raya kerana baginya, tidak salah berbuat demikian selagi masih ada permintaan khalayak.

Ditemui semasa sesi latihan konsert M N46IR Cipta Raya di M Studio ,Sungai Buloh beberapa hari lalu, sifu muzik itu turut ditanya tentang kejutan duit raya seperti dilakukan dalam Konsert Cipta 2 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Oktober lalu, M. Nasir menyerahkan perkara itu pada penganjur, Iman Tang.

“Terserah kepada dia. Saya hanya menyanyi untuk konsert ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI