fbpx

Malaysia tuan rumah sidang ASEAN-GCC bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) semasa hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama, Bachok hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Malaysia melakar sejarah baharu apabila dilantik menjadi tuan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (ASEAN-GCC) yang meliputi kesemua negara ASEAN dan enam negara Teluk termasuk Bahrain, Oman, Kuwait, Qatar dan Arab Saudi pada bulan depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persidangan tersebut akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri China, Li Qiang.

Menurutnya, penganjuran ASEAN-GCC menunjukkan prinsip Malaysia yang memilih untuk berkawan dengan semua negara demi kepentingan rakyat.

“Kita turut jemput China kerana sikap kita yang sentiasa terbuka. Oleh itu, saya sentiasa menegaskan negara mesti bersih dan jangan izinkan rasuah.

“Ini merupakan persidangan kali pertama yang kita anjurkan bersama negara ASEAN dan ketua negara Teluk,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama di sini hari ini.

Anwar memberitahu, penganjuran ASEAN-GCC menunjukkan kepercayaan negara-negara terlibat kepada kerajaan Malaysia pada hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI