fbpx

Liga Super: Sang Kenari, Sabah FC sama liat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain KDA FC mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir ke Stadium Darul Aman pada aksi terakhir di laman sendiri sebentar tadi. - Foto ihsan KDA FC

ALOR SETAR – Kedah Darul Aman FC (KDA FC) gagal menghadiahkan kemenangan dalam aksi terakhir mereka di laman sendiri musim ini, apabila terikat 1-1 dengan pasukan di tangga ketiga Liga Super, Sabah FC di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Perlawanan berlangsung seimbang sejak dimulakan sebelum pasukan tuan rumah membuka jaringan menerusi sepakan penalti diambil pemain tengah menyerang, Amirul Hisyam Awang Kechik pada minit ke-16.

Sepakan penalti itu dianugerahkan pengadil, Nazmi Nasaruddin setelah semakan video bantuan pengadil (VAR) dilakukanya mendapati pertahanan Sabah FC, S. Kumaahran melakukan kekasaran dengan mengangkat kaki tinggi, hingga mengenai muka penyerang Sang Kenari, Ebenezer Assifuah.

Hanya tiga minit berselang, Assifuah hampir menggandakan jaringan namun sepakan volley dilakukannya menggunakan kaki kiri dari luar kotak penalti, hanya sedikit tersasar di kanan pintu gol lawan.

Sang Kenari berpeluang mendapatkan gol kedua pada minit ke-37 namun pemain sayap lincah, Fayadh Zulkifli gagal memperdaya bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat meskipun kedua-dua mereka berada dalam kedudukan satu lawan satu.

Memasuki babak kedua, pasukan tuan rumah dilihat terus menguasai perlawanan dengan beberapa gerakan menarik berjaya diatur bagi mendatangkan ancaman kepada pelawat.

Ancaman berterusan itu bagaimanapun tidak mematikan semangat Sabah FC untuk melawan apabila gol penyamaan yang dicari, hadir pada minit ke-61 menerusi jaringan Darren Lok.

Kedua-dua pasukan kemudiannya terus buntu untuk mencari gol kemenangan dengan keputusan 1-1 kekal sehingga wiselt penamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI