fbpx

‘Kalau dia datang, saya halau, pergi berambus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fara menyifatkan Shuk pengecut apabila melafazkan cerai ketika berada di Thailand baru-baru ini.

TIGA tahun lalu, nama Shuk Sahar pernah meledak susulan dakwaan curang sehingga rumah tangga yang dibina bersama Rossa Sera musnah.

Rentetan itu, kerjaya seninya sepi apabila dikatakan ‘digam’ pihak stesen televisyen tempatan susulan tidak muncul dalam mana-mana rancangan hiburan termasuk drama dan filem.

Ketika semuanya mulai mereda, Shuk sekali lagi mengejutkan ramai apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini iaitu Fara Salleh.

Bukan kali pertama, kemelut rumah tangga mereka sudah berlarutan sejak beberapa bulan lalu apabila Fara mendakwa Shuk tidak mengaku bayi dalam kandungannya adalah zuriatnya.

Lafaz cerai

Namun, ketika ramai masih sibuk menikmati juadah raya, pasangan berkenaan sekali lagi mengungguli carta kisah sensasi minggu ini selepas Shuk didakwa telah melafazkan cerai talak satu terhadap Fara, 33, menerusi panggilan telefon.

Lebih menyakitkan hati si isteri, lafaz tersebut dilakukan Shuk atau nama penuhnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar ketika berada di Thailand.

“Alhamdulillah, kau dah buktikan siapa diri kau sebenar. Dasar pengecut sebab itu dari awal mengandung memang dia tak suka saya hamil. Tengok sekarang dia lari daripada tanggungjawab dan selesaikan di sana (Thailand). Takut nak tengok muka anak ke nanti atau takut nak tanggung anak ramai?

“Masa awal aku bagi alat ujian kehamilan pun dia tak suka, dia suruh buang sebab kotor dan cakap anak aku anak haram ketika di Paris,” luah Fara.

Kata Fara kepada HibGlam baru-baru ini, dia sendiri masih tercari-cari jawapan Shuk memilih melafazkan cerai ketika berada di Thailand berbanding menyelesaikan konflik antara mereka di sini.

“Kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi (Selasa lalu) dia baru ceraikan saya. Dia buat lafaz cerai di pejabat agama Satun, Thailand tempat kami nikah tempoh hari.

“Dia bersama imam dan pegawai di sana, tetapi saya pun tak pasti kenapa dia melafazkan talak di sana,” jelasnya.

Tawar hati, muak

Hati sudah tawar dan muak dengan semua yang berlaku, Fara menegaskan tidak akan lagi menerima maaf daripada pelawak berusia 39 tahun itu kerana dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

“Kalau dia datang, saya halau. Pergi berambus sebab sejak hamil dia langsung tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa sedangkan dia ada dua anak daripada perkahwinan terdahulu,” jelasnya.

Baginya, semua perkara dilakukan Shuk sebelum ini termasuk tidak pulang ke rumah dan lebih mementingkan bisnes berbanding keluarga tidak boleh dimaafkan.

“Sejujurnya saya pun tak nak terima maaf dia sebab apa yang dia buat sejak Ramadan lalu memang tak masuk akal.

Kifarah

“Sejak mendirikan rumah tangga, Shuk tak pernah melindungi dan bertanggungjawab. Kalau dia kata nak bertanggungjawab, kenapa ceraikan saya di sana?” ujar Fara yang dijangka melahirkan cahaya mata pertamanya Julai ini.

Segelintir netizen menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai kifarah buat Fara dan Shuk.

Sehingga artikel ini ditulis, hanya Fara yang bersuara, manakala Shuk memilih berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perceraian keduanya.

Usaha HibGlam mendapatkan penjelasan Shuk masih tidak berjaya. Perceraian kali ini mencetuskan kecaman yang pernah diterimanya sebelum in termasuk dilabel dayus dan tidak layak menjadi ketua keluarga.

Bersuaralah Shuk, selamatkan apa yang mampu diselamatkan terutama masa depan bayi yang masih dalam kandungan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI