KLANG – Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini mencatatkan penurunan kepada 358 orang daripada 106 keluarga setakat pukul 5.02 petang ini.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Klang mencatatkan 36 mangsa keseluruhan di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dan Dewan Bakawali Seksyen 35, manakala Dewan Serbaguna Camelia, Putra Height, Subang Jaya merekodkan 68 orang.
“Untuk Shah Alam, jumlah mangsa seramai 255 orang untuk tiga buah PPS iaitu SK Shah Alam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam Seksyen 16,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk Musa Bakri, 75, dia menghuni PPS SK Binjai berkenaan berikutan kediamannya di sekitar pekan Meru masih digenangi air.
“Saya berlindung di pusat pemindahan ini selepas menyedari rumah dinaiki air sehingga paras betis pagi kelmarin. Menyedari keadaan itu, saya bersama isteri dan anak segera pergi ke PPS untuk berlindung sehingga kini,” katanya. – KOSMO! ONLINE