SIAPA sangka drama Bidaah yang mengangkat tema tentang ajaran sesat berjaya menembusi dan meledak di Indonesia.
Sambutan hebat penonton sehingga tular dalam media sosial sekali gus membuktikan drama ini berjaya menambat hati ramai meski mendapat kecaman hebat pada peringkat awal tayangan.
Paling meraih perhatian pastinya watak Walid lakonan hebat Faizal Hussein. Watak tersebut memberi impak luar biasa sehingga ramai yang mula ‘mengorek’ kembali filem dan drama lakonan Faizal.
Rata-rata memuji ketampanan Faizal dan kualiti lakonan dalam setiap naskhah.
Namun, paling menghiburkan hati apabila salah satu dialognya dalam Bidaah tular iaitu ‘pejamkan mata, bayangkan wajah Walid dan jangan berhenti berzikir’.
Disebabkan itu, ramai mula menjadikan dialog tersebut sebagai bahan jenaka seperti takut untuk memejam mata kerana bimbang Walid akan muncul.
“Risaulah nak pejam mata, nanti Walid datang.
“Sebab Walid, jadi takut nak pejam mata. Seram!” seloroh netizen.