fbpx

Guna rendang pancing ular dalam mangkuk tandas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan kepala ular terjulur di dalam mangkuk tandas. - Tribunnews

JAKARTA – Seorang pemilik rumah berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular berlingkar di dalam mangkuk tandasnya, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di sebuah kejiranan dekat Tanjung Priok, Jakarta Utara pada Selasa lalu. 

Rakaman kejadian dimuat naik di media sosial menunjukkan kepala ular sepanjang 2 meter itu terjulur keluar daripada mangkuk tandas. 

Pemilik rumah yang tidak didedahkan namanya berkata, reptilia itu muncul selepas dia memancing di dalam lubang tandas dengan meletakkan rendang sebagai umpan. 

Dia berbuat sedemikian selepas tandas rumahnya tersumbat selama lima hari. 

“Ular itu keluar daripada  lubang dan masuk ke dapur,” tambahnya.

Ketua Pasukan Pemadam Kebakaran Pos Papanggo, Fitroh Arif Rohman berkata, dia telah mengerahkan tiga anggota bomba untuk menangkap ular tersebut. 

“Ular itu berjaya ditangkap di belakang rak pinggan menggunakan pengepit,” tambah Fitroh. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI