PETALING JAYA – Cuaca dilaporkan cerah membabitkan hampir seluruh kawasan di Semenanjung pagi ini.
Menurut laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), amaran ribut petir dan hujan lebat hanya dikeluarkan bagi kawasan di Sarawak.
“Cuaca buruk dijangka berterusan sehingga pukul 12 tengah hari ini melibatkan kawasan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya – KOSMO! ONLINE