fbpx

Cuaca buruk di Pahang, Selangor, Johor petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan tujuh negeri sehingga pukul 5 petang ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor serta Sabah dan Sarawak.

“Di Kedah melibatkan Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Bagi Pantai Timur pula, hujan lebat dijangka membadai Terengganu membabitkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman,” katanya hari ini.

MetMalaysia berkata, cuaca buruk juga dijangka tertumpu di Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan di Pahang selain Hulu Selangor, Selangor dan Kota Tinggi, Johor.

Tambahnya, ribut petir turut diramalkan melanda pedalaman (Sipitang dan Tenom) dan Pantai Barat (Papar) di Sabah serta Kuching (Lundu), Sibu (Sibu dan Selangau) serta Limbang di Sarawak.  – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI