PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 5 petang ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka melanda tujuh negeri iaitu Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.
Kawasan terlibat di Kedah adalah Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
‘Bagi Pantai Timur pula, hujan lebat dijangka di Terengganu adalah di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman,” kata MetMalaysia.
MetMalaysia berkata, Pahang pula melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan, manakala Selangor (Hulu Selangor) dan di Johor (Kota Tinggi)
“Cuaca buruk di Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang dan Tenom) dan Pantai Barat (Papar), manakala Sarawak di Kuching (Lundu), Sibu (Sibu dan Selangau) serta Limbang,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE