JAKARTA – Sebuah keluarga di Indonesia menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anggota-anggota bomba selepas salah seorang ahli keluarga terkunci di dalam tandas di rumah mereka, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku pada 1 April lalu.
Rakaman kejadian dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @asdfghdin menunjukkan beberapa anggota bomba cuba membuka pintu tandas dengan bantuan peralatan khas.
Situasi cemas sebelumnya bertukar ceria apabila mereka berjaya membebaskan mangsa.
Keluarga berkenaan kemudia meminta anggota-anggota bomba terbabit menikmati juadah raya dan bergambar bersama mereka.
Rakaman kejadian itu mencatatkan lebih 1.3 juta tontonan.
“Naikkan gaji bomba!” kata seorang netizen.
“Bomba adalah harapan masyarakat! Hari Raya Puasa pun mereka kena bekerja,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI