fbpx

Bekas ratu cantik jual kuali sara 2 anak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Yeung menjual kuali di platform Douyin. - Weibo

BEIJING – Seorang bekas cantik Hong Kong mengundang perhatian orang ramai apabila menjual kuali secara penstriman langsung  di  media sosial untuk menyara dua anaknya, lapor portal berita VNExpress semalam. 

Shirley Yeung yang pernah dinobatkan sebagai Miss Hong Kong pada 2001, dilihat mempromosi dan menjual kuali di platform media sosial China, Douyin.

Dia turut mengenakan bayaran 1,200 yuan (RM729) kepada pelanggan yang mahu berinteraksi secara peribadi melalui mesej langsung. 

Peralihan kerjaya Shirley secara mendadak daripada dunia peragaan dan lakonan itu mencetuskan perbincangan hangat netizen. 

“Tiada salahnya untuk bekerja keras. Siapa pula yang tidak bekerja keras untuk mencari rezeki?” kata seorang netizen. 

“Anda mampu memperoleh pendapatan lumayan daripada penstriman langsung. Saya sangat mengagumi Shirley Yeung,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI