fbpx

Bapa tayang sijil anak sempena hari raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan si bapa sedang menebuk dinding untuk meletakkan sijil dan keputusan anaknya. - Instagram

JAKARTA – Seorang bapa mengundang perhatian orang kerana menjadikan semua sijil kejayaan anaknya sebagai dekorasi di rumah mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, lapor portal berita NTV News. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @nyinyir_update_official menunjukkan si bapa sedang menebuk dinding untuk menggantung bingkai berisi sijil anaknya.

Lebih menarik, dinding itu dipenuhi dengan sijil, keputusan dan gambar anak lelakinya. 

“Sempena 1 Syawal, bapa saya sanggup cetak semua sijil sebagai dekorasi supaya berbeza dengan jiran lain,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman tersebut menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Orang lain suka tayang harta, yang ini tayang prestasi anak,” kata seorang netizen. 

“Jiran mesti takut hendak datang beraya di rumah kamu,” kata pengguna media sosial lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI