fbpx

Bangunan SMK Lahat terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran di SMK Lahat dekat Ipoh hari ini. - Foto IHSAN JBPM

IPOH – Deretan tujuh bilik di bangunan tingkat tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lahat, Bandar Baru Lahat dekat sini terbakar dalam kejadian sekitar pukul 11 pagi.

Difahamkan, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kebakaran itu melibatkan tiga kelas pelajaran, sebuah bilik khas, sebuah studio seni dan dua stor.

Katanya, kejadian berkenaan mengakibatkan kemusnahan bangunan kelas A dianggarkan 30 peratus.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih, BBP Batu Gajah, dan BBP Simpang Pulai dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja memadam kebakaran.

“Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Menglembu, PBS Pasir Pinji, PBS Pusing dan PBS Pekan Baru melibatkan keanggotaan seramai 37 orang,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI