fbpx

Bangkai ikan lumba-lumba terdampar di pantai Teluk Bahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan lumba-lumba spesies Irrawaddy dolphin ditemui terdampar di Pantai Teluk Bahang, semalam.

BALIK PULAU – Bangkai seekor ikan lumba-lumba spesies Irrawaddy dolphin ditemui terdampar di Pantai Teluk Bahang di sini, semalam.

Menurut Jabatan Perikanan Pulau Pinang, mereka menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan bangkai haiwan marin tersebut sebelum sepasukan anggota dari Cawangan Konservasi dan Perlindungan bergegas ke lokasi kejadian.

”Hasil pemerhatian awal mendapati bangkai ikan lumba-lumba tersebut adalah dari spesies Irrawaddy dolphin dengan anggaran panjang 1.98 meter.

”Bangkai berkenaan telah direkodkan sebagai sebahagian daripada data mamalia marin terdampar di negeri ini,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, bagi tujuan pelupusan, bangkai haiwan tersebut telah ditanam di kawasan berhampiran mengikut prosedur yang ditetapkan.

”Jabatan Perikanan turut menggesa orang awam agar terus menyalurkan maklumat sekiranya menemui sebarang insiden melibatkan kematian mamalia marin di sekitar perairan Pulau Pinang bagi membantu pemantauan dan usaha konservasi yang berterusan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI