fbpx

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik selangkah takluk Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) dan Wooi Yik semakin hampir untuk bergelar juara Asia selepas mara ke perlawanan akhir BAC di Ningbo, China. - AFP

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mempamerkan aksi cukup sempurna untuk melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025.

Pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, China sebentar tadi, bekas juara dunia itu menyingkirkan pasangan tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Walaupun berdepan pilihan kedua kejohanan, namun Aaron-Wooi Yik tidak berdepan banyak masalah apabila hanya memerlukan 31 minit untuk menang 21-12, 21-14.

Beraksi di depan penyokong lawan, gandingan No.6 dunia itu menunjukkan kekuatan dari segi mental apabila bermain cukup tenang bagi menguasai perlawanan.

Lebih manis, kemenangan keempat ke atas Wei Keng-Wang Chang dalam 11 pertemuan itu memastikan Aaron-Wooi Yik menebus kekecewaan musim lalu di mana mereka tersingkir di separuh akhir.

Justeru, mereka akan menantikan pemenang perlawanan antara satu lagi beregu China, Chen Bo Yang-Liu Yi dan Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana dari Indonesia di pentas final esok.

Sebagai rekod, kali terakhir beregu lelaki negara muncul juara pada kejohanan itu adalah menerusi gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah ketika edisi 2007.

Sementara itu, perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia menjadi pemain Malaysia terakhir muncul juara Asia ketika memenanginya tiga tahun lalu di Filipina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI